Wednesday, June 24, 2009

Pengemis Import...


Quoted from an e-mail forwarded to me recently... terpanggil pulak untuk berkongsi dengan semua.. Layan...

Saya lama mengetahui kegiatan terbabit. Malangnya apabila disiarkan di TV, pelbagai pihak marah dan mengutuk.

"Apahal engkau kacau orang susah tu? Tak ada kerja lain?", "Kau nak masuk neraka ke?", "Kalau kau susah, padan muka!"

Antara respon saya terima melalui emel dan SMS. Apapun saya percaya banyak pihak menangguk di air keruh. Mereka tahu, majoriti rakyat Malaysia pemurah. Tanpa usul periksa mereka menyumbang.

Biar saya kongsikan satu daripada pengalaman saya lalui. Lelaki warga Thailand, 33 tahun, saya temui sewaktu menjalankan tinjauan berhubung kegiatan pengemis di Pasar Malam Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor bulan Ramadan lalu. Lelaki itu cacat, tiada sebelah kaki. Katanya, kaki putus akibat terkena jerangkap samar lama dulu. Hairan, semasa saya mendekatinya, dia melarikan diri secara mengesut ke tempat parkir kereta. Mungkin dia mengenali saya dan kerjaya. Melalui temubual, dia mengaku meraih pendapatan antara RM100 dan RM150 sehari hasil mengemis. Januari lalu, saya ke Pasar Malam Kota Damansara dan kemudian terserempak 3 remaja Myanmar dianggarkan berusia antara 10 dan 12 tahun, cacat kaki dan tangan. Saya hampiri dan bertanya kepada mereka ...

"Siapa bawa kamu ke sini?"

Mereka diam dan berpura-pura bisu. Namun setelah beberapa kali didesak, mereka menunjukkan 'ayah' mereka. Terkejut, 'ayah' itu lelaki sama saya temui di Kelana Jaya. Cuma kali itu, berbeza. Dia berdiri sambil bercekak pinggang, bagai taukeh lagaknya. Tanpa disedari saya menghampiri lelaki itu. Dia terkejut melihat saya, pucat wajah tanpa darah.

"Macam mana kamu boleh bawa budak-budak tu mengemis?," soal saya.

Dia gugup. Ingin saya menampar mukanya, geram. Dia sanggup mengeksploitasi kanak-kanak terbabit untuk mengaut keuntungan. Saya katakan kepadanya ...

"Sekali lagi aku nampak muka engkau, kau mesti menyesal se umur hidup"

Dia dan kanak-kanak terbabit pantas menghilangkan diri. Sedar tidak atau, ramai antara kita diperbodohkan pengemis warga asing, hadir di negara ini hanya mencari jalan pintas mengaut keuntungan. Layari blog saya, mazidulakmal.blogspot.com. Banyak kisah benar lain saya kongsikan.

Terima kasih.
( Sila sebarkan emel ini )
Mazidul Akmal Sidik

No comments:

Post a Comment